7 Motivasi Perniagaan
Posted: 10 Apr 2011 08:01 AM PDT
Ramai yang menjadi ahli perniagaan bungkus ditengah jalan. Mengapa jadi begitu?Pada saya jawapannya mudah sahaja.Mereka gagal kerana tiada perancangan dari awal dan tidak meletakkan sasaran ataupun gol untuk dicapai.Perancangan adalah penting kerana jika tiada perancangan apa yang dilakukan sering tersasar dari kejayaan.Ingat ” fail to plan is plan to fail “. Kata-kata hikmat ini sering menjadi sebutan kepada para usahawan yang berjaya. Orang yang berjaya tahu bagaimana untuk meletakkan gol mereka dan tahu juga cara untuk mendapatkannya. Dan bagi orang yang gagal adalah sebaliknya.
Kegagalan dalam meletakkan sasaran bukan terletak pada ahli perniagaan sahaja malah ramai orang yang begitu.Sebab itulah ramai yang tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam kehidupan mereka. Mari kita lihat apa kata Anthony Robbins :
1. Change the environment
Ubah persekitaran cara kerja kita, cuba untuk bekerja dalam pelbagai bentuk keadaan dan akan muncul pelbagai idea baru.
2. Face the problem
Hadapi pelbagai masalah dengan tenang, anggap masalah itu adalah cabaran yang perlu dihadapi jangan lari daripada masalah.
3. Expand your limit
Besarkan had diri anda, sekiranya bulan ini anda dapat 4 angka, target untuk dapat 5 angka bulan depan, sekiranya dah tercapai 5 angka, target 6 angka pula.
4. Change your perspective
Ubah perspektif terhadap kehidupan. Sekira berhadapan dengan kesukaran dalam kehidupan, cuba untuk lihat orang yang berada dalam keadaan lebih teruk lagi dan hargai kehidupan.
5. Own the lesson
Pelajari kehidupan daripada orang yang pernah melalui jalan kesusahan yang kita ingin lalui. Dari situ kita dapat mengelak melalui kegagalan dan mempercepatkan proses mencapai kejayaan.
6. Design the future
Bina masa depan dengan spesifik, cuba bayangkan anda sedang menikmati gaya kehidupan yang anda idam-idamkan, kereta idaman, astana idaman, isteri idaman…
7. Take Action
Terus bertindak untuk mencapai cita-cita dan kehidupan yang anda idam-idamkan. Jangan tunggu lama-lama untuk memulakan langkah pertama.
Mungkin ini adalah sebab yang paling penting diantara semua.Seseorang tidak meletakkan sasaran mereka kerana mereka takut akan kegagalan. Takut pada kegagalan adalah halangan terbesar kepada setiap individu yang melata di muka bumi ini untuk mencapai kejayaan.
Diantara sebab yang menyebabkan takut gagal itu wujud adalah mereka tidak faham apakah peranan sebuah kegagalan demi mencapai sesuatu kejayaan.Jika dikaji sejarah usahawan yang terbilang kebanyakan mereka melalui episod kegagalan dahulu sebelum mengecapi kejayaan.Hakikatnya ialah tiada kejayaan sebelum kegagalan,dan seolah-olah mustahil mencapai kejayaan tanpa kegagalan.Kegagalan demi kegagalan bukanlah bermaksud kita takkan berjaya.Seseorang yang mempunyai semangat yang kental akan bangkit dari kegagalan kerana mereka telah mempelajari sesuatu daripadanya.Kegagalan sebenar adalah mereka yang berputus asa.Ingat ,Allah tidak suka makhluknya berputus asa.Kerana rezeki adalah ditangan Allah dan kita ditugas untuk terus berusaha selagi masih berakal.