JURNAL HALAL

Adakah Old Town White Coffee Kopitiam halal?


Assalamualaikum pembaca2 sekalian,

Kini sudah jelas terpampang di dada media massa bahawa Old Town White Coffee Kopitiam tidak mempunyai sijil halal. Telah jelas juga dihebohkan bahawa hanya 2 kopitiam yang mempunyai sijil halal iaitu Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd. dan Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd. Maklumat ini akan diperolehi sekiranya kopitiam dicari di direktori halal.

Walaupun demikian, logo halal masih digunakan oleh Old Town White Coffee Kopitiam. Ini menyebabkan kekeliruan di pihak pengguna. Jadi, bagaimanakah keadaan ini boleh berlaku?

SATURDAY, MARCH 20, 2010

Adakah Kickapoo Joy Juice Halal?

Assalamualaikum semua,

"Kickapoo Joy Juice buat dari syarikat arak" kata seorang rakan. Seorang lagi memberikan reaksi bersetuju dengan kata2 rakan tadi. Begitu yakin sekali mereka yang menyatakan informasi itu. Mari kita lihat sumber2 yang menyatakan minuman ini dari syarikat arak:

Assalamualaikum..pengumuman untuk

semua, sebenarnya, air kickapoo yang

kita selalu beli dan minum itu berasal

daripada SYARIKAT ARAK ! nama syarikat

itu adalah Monarch Baverage. Untuk

bukti lebih lanjut, layari:

http://www.monarch-beverage.com/home.htm 


http://www.kickapoojoy.com/history.html 


Tolong sebar2kan kepada semua.

Tolong berhenti membelinya...

Adakah Starbucks Dan Coffee Bean Halal?

Assalamualaikum pengguna2 muslim sekalian,


Rata2 remaja hari ini sudah biasa dengan kedai2 kopi yg berprestij seperti Starbucks atau Coffee Bean. Tidak dapat dinafikan kedai2 tersebut mmg menyajikan kopi, teh dan makanan yang lazat dan mengiurkan bagi sesiapa yang lalu di hadapan premisnya. Persoalan itu timbul... Adakah Starbucks dan Coffee Bean halal?


"Eh, aritu ak ade dpt email. Dlm email tu, org tu ckp, kopi starbucks ngan coffee bean ade bende x halal la. Kek die pon ade wine ke, rum ke... mcm2 tu la. Haram kot mkn bende2 tu." Biasakah anda menerima statement begini? Jika pernah, individu tersebut mungkin merujuk kepada maklumat yang boleh didapati di internet dan juga inbox mail anda. Maklumat itu juga boleh didapati di website http://mforum4.cari.com.my/archiver/?tid-346105.html dan juga dihttp://halalguide.org/Starbuck_haram.html.


Namun begitu, benarkah maklumat yang telah diberikan itu? Adakah bahan2 yang digunakan dari sumber yang haram?


Adakah The Chicken Rice Shop Halal?

Assalamualaikum pembaca2 sekalian,


Pernah sekali dulu saya mendapat email yang menyatakan status halal makanan yang dihidangkan di The Chicken Rice Shop diragui. Kini, saya telah dapat jawapan yang boleh dipercayai dari sumber yang kukuh iaitu JAKIM.


Dari gambar di atas, logo halal yang diiktiraf JAKIM jelas diletakkan di hadapan kedai ini. Adakah ini umpan untuk menarik pelanggan muslim atau benar2 pengiktirafan yang sah?


FRIDAY, MARCH 12, 2010

Adakah Sushi King Halal?

Assalamualaikum pembaca2 dihormati,


Sushi King.... halal ke? Itulah persoalan yang akan menjelma di fikiran apabila rakan2 mengajak ke restoran tu. "Halal la tempat tu" tambah rakan berkenaan. Tapi halal ke?


Itu situasi yang biasanya berlaku kepada pengguna2 muslim apabila terlintas peluang untuk makan di Sushi King. Sebenarnya, dari menu Sushi King kita dapat melihat arak disajikan di premis itu. Hampir semua atau semua Sushi King menjual minuman keras! Adakah Sushi King boleh mendapatkan pengiktirafan halal?


WEDNESDAY, MARCH 10, 2010


Selamat Datang Ke Jurnal Halal!

Kepada para pembaca, assalamuailaikum dan selamat datang ke Jurnal Halal.

Tujuan blog ini ialah untuk memberi informasi kepada pengguna2 muslim di Malaysia tentang status halal produk2 harian dan juga restoran2 yang sering dikunjungi oleh pengguna2 sekalian. Kita sering mendengar khabar angin dan sering juga membaca email2 yg singgah di inbox kita yang memaklumkan kita bahawa sesuatu produk yang digunakan hari2 adalah haram. Sebagai seorang muslim, perasaan was2 akan muncul dalam hati dan rasa bersalah akan menjelma apabila nasihat yg diberikn kepada rakan tidak diendahkan malah pemberi nasihat pula dilabelkan sebagai penyebar berita palsu.

Hal ini disebabkan oleh ceteknya pengetahuan dan kesedaran tentang produk2 halal di Malaysia. Blog ini akan mengupas satu demi satu produk dan juga restoran2 untuk memastikan status halalnya yang sebenar. Dengan cara ini, pengguna2 sekalian dapat menggunakan hasil selidik blog ini untuk memastikan kesucian barang2 harian tanpa menghabiskan masa dan bersusah payah mencari maklumat yang tidak tentu akan ditemui. Pengguna yang menghabiskan masa mencari maklumat mungkin hanya akan berusaha separuh jalan dan akhirnya tidak mencapai apa2 konklusi.

Jika anda mempunyai keraguan, pertanyaan, cadangan, atau ingin mengetahui status halal sesuatu produk, sila hubungi saya melalui email di link contact me di bahagian atas atau kanan bawah.

Sentiasa mencari yang halal,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...